Venice

Venice  (English), Venezia (Italian), Venetia (Latin)

By: Izwan

Tanggal April 2010, saya dan isteri berkesempatan singgah di Venice di dalam satu lawatan kerja bagi menghadiri persidangan di Brescia, Italy. Kami menggunakan penerbangan Ryanair dari Dublin ke Venice Treviso dan ianya mengambil masa 2 Jam. Kami hanya sempat menikmati suasana klasik dan romantik Venice selama 2 hari 1 malam. Selama tempoh itu Venice berjaya memikat hati kami dengan keindahan permandangan yang ada padanya. Kami berasa amat bertuah dan bersyukur kerana cuaca sangat baik sepanjang kehadiran kami di sana.

Saya sentiasa menyokong sesiapa sahaja untuk melawat Venice. “Jauh perjalanan, banyak pengalaman”. Walaubagaimanapun, melancong bersama anak-anak kecil mungkin akan mengalami sedikit masalah kerana berjalan di Venice terpaksa melintasi banyak jambatan bertangga. Peminat fotografi tidak boleh terlepas untuk ke Venice kerana bandar ini banyak menyajikan permandangan indah kepada anda. Venice terkenal dari zaman kegemilangannya (kurun ke 12-14) sehingga sekarang dengan bandarnya yang terbina diantara terusan-terusan kecil. Bangunan-bangunan lama Venice mempunyai ciri senibina yang tersendiri. Anda akan terpegun dengan keindahan senibina yang seakan-akan mempunyi pengaruh timur tengah. Maka tidak hairanlah, hampir 70 % populasi Venice terdiri daripada pelancong.

Venice terbahagi kepada 6 daerah iaitu Cannaregio,  Castello, Dorsoduro, San Marco, San Polo dan Santa Croce. Hotel tempat kami menginap terletak di sebelah barat  Dorsoduro. Kos penginapan lebih murah di Dorsoduro berbanding dengan tempat lain. Walaubagaimanapun ianya agak jauh dari tempat tarikkan pelancong. Terdapat beberapa kedai makanan halal di Venice, tetapi oleh kerana banyak pilihan makanan ‘vegetarian’ seperti pizza dan pasta, maka mencari makanan halal tidak menjadi masalah besar di sana.

Walaupun untuk ke Venice boleh menggunakan bas, kereta dan keretapi, Venice merupakan bandar tanpa kereta. Stesen bas Piazzale Roma dan stesen keretapi St Lucia merupakan hentian terakhir. Untuk bergerak di sekitar venice, terdapat ‘waterbus’ yang boleh dinaiki dengan bayaran 6.50 euro sehala. Berjalan kaki 5-6 km sehari adalah perkara biasa di venice kerana bagi menggunakan water bus ianya memerlukan kos yang mahal. Biasanya waterbus hanya digunakan 2 kali, ketika pergi dan balik, kecuali jika ingin melawat pulau-pulau berhampiran. Terdapat tiket ‘rambler’ 3 hari yang boleh di beli, namun hanya memberi keuntungan jika menggunakan waterbus lebih 3 kali sehari.

Oleh kerana tempoh lawatan kami di venice agak pendek, kami hanya berkesempatan menikmati permandangan (sight seeing). Venice sangat cantik pada waktu senja, dimana cahaya jingga mengubah warna permandangan seperti lukisan indah sedang dicatan. Kami berkesempatan melawat ‘Ralto Bridge’ pada waktu sibuk di tengah hari. Pelancong sangat ramai, kedai cenderahati dan pasar jualan sangat meriah. Kami berhenti rehat di tengah-tengah jambatan Rialto untuk mengambil gambar. Kelihatan dari atas jambatan, bot, kapal dan  gondola bersimpang siur menyusuri terusan besar nan kebiruan. Sungguh nikmat waktu itu yang hanya tinggal beberapa jam sahaja sebelum kami meninggalkan Venice.

Kami mengakhiri lawatan kami dengan menaiki waterbus ke stesen keretapi. Sepanjang perjalanan menyusuri terusan kami disajikan dengan permandangan kehidupan seharian penduduk Venice. Selamat tinggal Venice.

Rome 

Place : Rome, Italy
By: Noraini


Q1: Do you like your vacation there?

Yes

Q2: Do you recommend other people to visit there in future?

Yes

Q3: How long was your trip?

2 days, 2 nights

Q4: Which flight did you used?

Ryanair, From Dublin to Ciampino airport, and there is a bus direct from airport to Roma Termini Station (40 mins journey)

Q5: When did you go there? What would you recommend the perfect time to visit?

Autumn or spring would be perfect because of the nice weather.

Q6: Where did you stay there? Are you recommending others to stay there as well? How much is the cost to stay there.

I stayed at hotel Marsala which was quite cheap and very near to Roma Termini Station (5 mins walk). It cost me about 50 euro/night inclusive of breakfast.

Q7: Any halal restaurant/groceries nearby?

You will find many halal restaurants in the city selling kebab, Panini as well as rice.

Q8: Interesting places you visited there? You can also state other places that you admire but you dont have enough time to go there. You can also state the chronology of you trip.

Day 1: Colosseum-tempat gladiator (perlu tiket untuk masuk ke dalam colosseum), Fontana de Trevi (Monument & fountain), Piazza di Spagna, Piazza Navona, Piazza Venezia, Piazza del campidoglio (Piazza means square), hard rock café.

Day 2: Vatican City, St. Peter’s Basilica-tempat berkumpulnya kristian seluruh dunia (boleh masuk ke dalam & snap picture tanpa bayaran), Castle Sant Angelo, Vatican Garden

Q9: Any advice on the transportation there? Rambler ticket etc.

All piazza and monuments are located in the Rome city and can be reached easily by foot as most of them are in the same area. Colosseum is just 10 mins walk from Roma Termini. However, you may need bus or tram to go to Vatican City (30 mins walk). All hotels will provide free complete map with landmarks to all visitors (just follow the maps to go from one place to another). The map is also available at the tourism centre.

Q10: Any other recommendation/ issue to share?

Most local people only speak Italian and they are very helpful. If you ask them something in English, they are very happy to answer your question in Italian and at the end…you have to say ‘Grazie, Cya!’ to them…means thank you, see u!

Topic: Q&A about trip to Italy

Date: 17/04/2010

By: Adi

Subject: Best2

Jom ke Venice. Tapi susah la nak cari tiket murah ke Venice

Date: 17/04/2010

By: shah

Subject: Re: Best2

book awal2.. ade tuh.. hehe

New comment

Poll

Rate the trip advisor to Venice

1 Bad (18)
40%

2 Average (8)
18%

3 Good (7)
16%

4 Excellent (12)
27%

Total votes: 45

Poll

Rate the trip advisor to Rome

1 Bad (6)
27%

2 Average (6)
27%

3 Good (4)
18%

4 Excellent (6)
27%

Total votes: 22

Rome Gallery


Malaysian Postgraduate Student in Ireland MyPSI