2011

 

New MyPSI Committee 2011/12

 

AGM MyPSI 2011

 

IMiEJS 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia,
 
Kepada semua ahli MyPSI sekelian,
 
Harapan saya semoga seluruh warga MyPSI  berada dalam keadaan dan suasana sihat sejahtera. Syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya kita masih diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan seharian.
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada pekara di atas. Dimaklumkan bahawa Athlone Institute of Technology (AIT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Education Malaysia (EM) dan MyPSI akan mengadakan satu simposium antarabangsa pada 9-11 Jun 2011 nanti bertempat di Athlone Institute of Technology.
 
Butiran lanjut berkenaan simposium ini boleh dilayari di laman web berikut: https://imiejs.unimap.edu.my/
 
Tarikh-tarikh penting adalah seperti berikut:
Paper submission deadline : 24th March, 2011 (extended to 7th April, 2011)
Paper acceptance notification : 24 April, 2011
Camera-ready paper submission : 13 May, 2011
Author registration : 2-13 May, 2011
Conference Date : 9-11 June, 2011 (Thu,Fri,Sat)
 
Yuran penyertaan adalah sebanyak : Euro 100 sahaja.
 
Kertas kerja penyelidikan yang terpilih akan dimasukkan dalam journal pernerbitan UniMAP.
 
Oleh yang demikian saya menyeru agar semua ahli MyPSI untuk mengambil peluang keemasan ini dan menyertai simposium ini untuk kecemerlangan academia kita bersama.  Sokongan dari tuan-tuan dan puan-puan amat saya hargai.
 
Saya juga memohon jasabaik tuan-tuan dan puan-puan untuk mewar-warkan simposium ini kepada rakan-rakan yang lain. Sebarang kemusykilan tentang perkara ini bolehlah berhubung terus dengan saya.
 
Sekian, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Salam hormat,
Mohd Najmuddin Mohd Hassan
Presiden MyPSI Sesi 2010/2011

Malaysian Postgraduate Student in Ireland MyPSI